Wednesday, 17, April, 2024
Utama Negeri Babi hutan cetus kecoh di Hospital Sik

Babi hutan cetus kecoh di Hospital Sik

oleh Ammar Haziq
Babi hutan yang mencetuskan suasana panik di perkarangan Hospital Sik.

Babi hutan cetus kecoh di Hospital Sik

SIK 3 Ogos – Seekor babi hutan mencetuskan kekecohan apabila haiwan berkenaan tersesat lalu memasuki pekarangan Hospital Sik di sini, semalam.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.55 petang dengan haiwan berkenaan secara tiba-tiba merempuh masuk ke dalam pejabat pejabat Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. (EMSB) yang terletak di hospital tersebut.

“Dua pintu kaca di pejabat tersebut pecah akibat dirempuh oleh haiwan berkenaan.

“Bagaimanapun tiada kemalangan atau kecederaan berlaku,” katanya kepada Kedah Gazzette, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya ada menghubungi pihak bomba bagi menangkap haiwan tersebut.

“Tetapi belum sempat bomba tiba, haiwan berkenaan sudah pun lari dari situ,” katanya.

Beberapa klip video memaparkan haiwan tersebut memasuki pejabat berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi salah satu klip video dipaparkan itu, jelas terlihat pintu kaca yang pecah akibat dirempuh haiwan berkenaan. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com