Friday, 29, March, 2024
Utama Nasional Naib Canselor UUM nafi mahu jadi calon PRU15

Naib Canselor UUM nafi mahu jadi calon PRU15

oleh Ammar Haziq
Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah

Sintok, 24 Ogos – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah memaklumkan bahawa beliau tidak pernah menyatakan hasrat kepada mana-mana pihak tentang kesediaan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Haim Hilman berkata, fokus utama beliau kini adalah membangunkan dan memajukan UUM serta komited bekerja bersama warga UUM dalam usaha merealisasikan visi universiti iaitu Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka dan misi UUM iaitu mendidik pemimpin berperwatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita baru-baru ini oleh Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan mempertaruhkan tiga calon ahli pemikir atau ‘think tank’ pada PRU-15 akan datang yang mana turut menyenaraikan nama beliau.

UUM CORPORATE COMMUNICATION

Universiti Utara Malaysia

24 Ogos 2022

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com