Friday, 29, March, 2024
Utama Gaya Hidup Jutawan hartanah beli tunai Toyota Fortuner, Inspira buat pekerjanya

Jutawan hartanah beli tunai Toyota Fortuner, Inspira buat pekerjanya

oleh Ammar Haziq

“Ini hadiah dari saya untuk anak-anak buah saya yg berkhidmat penuh ikhlas bersama saya,” ujar Ikon Usahawan Muda, Muhammad Azlan Al-Amin.

Beliau yang merupakan seorang jutawan hartanah dalam hantaran di Facebook rasminya telah membeli empat buah kereta dan dihadiahkan kepada stafnya sebagai tanda penghargaan kerana sentiasa berada di belakangnya selama ini.

“Pembelian kereta ini,adalah sepenuhnya daripada duit poket atau wang peribadi saya sendiri tanpa sesen pun melibatkan duit syarikat.

Syarikat dan saya secara personal adalah dua entiti berbeza serta berlainan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menurutnya, empat buah kereta yang dibeli merupakan sebuah Proton Inspira, dua buah Toyota Fortuner dan sebuah Jaguar VXL 5.0. Toyota Fortuner dan Proton Inspira.

Semua kenderaan itu dihadiahkan kepada kakitangannya sebagai tanda penghargaan manakala kereta Jaguar pula adalah bagi tujuan kegunaannya sendiri.

Peneraju kepada Azlan Al-Amin Group Sdn. Bhd itu berkata lagi, semasa berjalan keluar dari kedai kereta, beliau ternampak kelibat kereta yang  diminati sekian lama,iaitu Porshe Cayenne.

“Saya terus pangil salesman,dan minta untuk test drive. Lepas test,Alhamdulillah rasa selesa sangat.

“Saya terus deal harga untuk bayar tunai tanpa perlu susah payah buat loan bank.

MasyaAllah,memang sedap dan selesa kereta Porsche ni. Semuanya milik Allah swt,kita hanya peminjam sahaja!,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Azlan berkata pihaknya juga turut membeli sebuah jentolak secara tunai bagi memudahkan kerja-kerja syarikatnya.

“Beli case/backhoe pula sebiji hari ini.

Alhamdulillah,kelmarin Allah izinkan dah beli kereta 5 biji.

Toyota Fortuner 2 biji bagi staf,Honda City sebiji bagi staf,dan 2 buah kereta untuk diri sendiri iaitu Jaguar XJL 5.0 serta Porcshe Cayenne 3.0,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com