Tuesday, 23, April, 2024
Utama Negeri 15 kenderaan hangus termasuk motosikal berkuasa tinggi dalam kebakaran bengkel IPK Kedah

15 kenderaan hangus termasuk motosikal berkuasa tinggi dalam kebakaran bengkel IPK Kedah

oleh Ammar Haziq
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di bengkel kenderaan IPK Kedah, pagi tadi.

ALOR SETAR, 12 Sept. – Sejumlah 15 kenderaan dipercayai hangus akibat kebakaran yang berlaku di bengkel Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bagaimanapun mengesahkan tiada mangsa yang cedera mahu pun terkorban dalam kejadian itu.

Menurut kenyataan dikeluarkan, JBPM dilaporkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.53 pagi.

Kebakaran di bengkel IPK Kedah mengakibatkan 15 kenderaan terbakar termasuk 5 motosikal berkuasa tinggi.

“Bersandarkan maklumat awal, sebanyak 10 kereta dan lima motosikal berkuasa tinggi terbakar dalam kejadian tersebut.

“Kebakaran melibatkan bangunan kelas B berkeluasan 35 kaki x 150 kaki. Setakat ini punca kejadian masih disiasat,” katanya. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com