Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Remaja Ditahan Ketika Buat Aksi ‘Wheelie’ Di Alor Setar

Remaja Ditahan Ketika Buat Aksi ‘Wheelie’ Di Alor Setar

oleh admin
Ramaja lelaki berusia 16 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar ketika sedang melakukan aksi wheelie di Alor Setar.

ALOR SETAR, 14 Sept – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang sedang asyik melakukan aksi wheelie di Alor Setar ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata remaja itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kota Setar yang sedang melaksanakan Op Samseng Jalanan di sekitar bandar raya itu.

“Dalam operasi itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki yang sedang melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikal (wheelie) sebanyak dua kali

“Tindakannya itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati remaja itu negatif daripada sebarang pengambilan barang terlarang.

“Remaja itu telah ditahan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tindakan tegas dan proaktif oleh BSPTD Kota Setar akan terus dipergiatkan bagi membanteras aktiviti seperti itu,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com