Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Jiran bergaduh mahu selesai isu secara baik

Jiran bergaduh mahu selesai isu secara baik

oleh admin

KULIM, 22 Sept – Dua jiran yang video mereka tular di media sosial hari ini kerana bergaduh di sebuah kawasan perumahan mahu menyelesaikan isu berkenaan secara baik.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya bagaimanapun ada menerima laporan polis daripada mangsa dan susulan daripada itu suspek yang berusia 60-an ditahan.

“Kita mengesan video berurasi 1 minit 29 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter dan susulan daripada itu satu laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Tangkap layar video memaparkan pertengkaran seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah dengan jirannya di sebuah kawasan perumahan di Kulim yang tular hari ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara jiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun kedua-dua jiran berkenaan dikatakan mahu menyelesaikan isu dan perselisihan faham antara mereka secara baik.

Rakaman video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan seorang lelaki berusia 60-an berlumuran darah sedang bertengkar dengan seorang wanita yang juga jirannya dipercayai kerana isu berkaitan sampah.

Dalam video tular itu juga kedengaran kedua-dua jiran terbabit yang saling bertengkar kerana isu sampah dan ia dipercayai berlarutan sejak sekian lama hingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kedua-dua pihak.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com