Friday, 29, March, 2024
Utama Umum Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

oleh admin

ALOR SETAR, 26 Sept. – Ulama tersohor dunia, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia hari ini pada usia 96 tahun.

Berita duka pemergian tokoh yang juga Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun-akaun media sosial rasmi beliau.

Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai pemergian Allahyarham.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham amat dikenali di seluruh dunia sebagai ulama yang amat disegani dan berilmu tinggi.

Allahyarham telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa di sepanjang hayatnya dan telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com