Thursday, 28, March, 2024
Utama Negeri Pelajar perempuan jadi mangsa nafsu pemandu e-hailing miang

Pelajar perempuan jadi mangsa nafsu pemandu e-hailing miang

oleh Ammar Haziq
Pemandu tersebut ditahan di rumahnya di Mergong semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan

ALOR SETAR, 27 SEPT – Angkara nafsu, seorang lelaki warga emas yang juga pemandu e-hailing ditahan polis selepas didapati mencabul pelajar perempuan dalam kenderaannya di parkir berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi tiu, suspek yang berusia 64 tahun dikatakan berkelakuan tidak senonoh terhadap mangsa yang berusia 20 tahun.

Menurut sumber, mangsa ketika itu dikatakan baru tiba dari Pulau Pinang sebelum menaiki kenderaan e-hailing ditempah sebelum itu.

Sumber berkata, ketika berada dalam kenderaan itu, suspek secara tiba-tiba menyelak baju serta memegang tangan mangsa hingga membuatkan pelajar perempuan berkenaan terkejut.
 
“Suspek turut meraba perut dan meramas buah dada mangsa selain turut meminta mangsa memegang kemaluannya namun pelajar berkenaan enggan berbuat demikian.
 
“Lelaki miang berkenaan kemudian turut memasang video lucah dan memberitahu mangsa yang dia kerap melakukan perbuatan seumpama itu dengan penumpang lain termasuk kanak-kanak,” katanya.
 
Sumber berkata, mangsa yang ketakutan serta tidak tahan dengan kelakuan pemandu e-hailing berkenaan terus keluar dari kenderaan terbabit dan beredar dari situ.
 
“Mangsa yang tidak berpuashati selain bimbang penumpang lain diganggu suspek membuat satu laporan polis kira-kira jam 6 petang hari yang sama.
 
“Susulan daripada itu, polis berjaya menahan suspek berusia 64 tahun di rumahnya di Mergong semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com