Thursday, 18, April, 2024
Utama Negeri Pengarah urusan warga Jepun ditemukan maut dalam kilang

Pengarah urusan warga Jepun ditemukan maut dalam kilang

oleh Ammar Haziq
Foto kecil : Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan

SUNGAI PETANI, 27 SEPT – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat ditemukan meninggal dunia dalam  kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang, dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu, polis menerima panggilan daripada seorang pekerja memaklumkan melihat mangsa iaitu seorang lelaki warga Jepun berusia 47 tahun dalam keadaan tergantung di tingkat bawah kilang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat tangga di sebelah mayat mangsa yang tergantung pada ketinggian kira-kira 5 meter dari lantai.

“Hasil keterangan daripada saksi mendapati mangsa sudah hampir 10 tahun bekerja dengan syarikat berkenaan yang berpengkalan di Jepun.

 “Mangsa yang menetap Bandar Laguna Merbok, di sini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berada di negara asalnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Zaidy berkata, hasil siasatan lanjut, saksi mendakwa mangsa sebelum ini pernah menceritakan mengenai keadaaan syarikat yang dikatakan mengalami masalah kewangan agak teruk sejak dua tahun lalu.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com