Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Langkawi

Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Langkawi

oleh Ammar Haziq
Mayat seorang lelaki terapung tanpa identiti ditemukan di kedudukan perairan Pulau Pasir, Langkawi pada pukul 11.45 pagi tadi.

LANGKAWI, 30 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Langkawi menerima maklumat berkaitan penemuan satu mayat seorang lelaki terapung tanpa identiti di kedudukan perairan Pulau Pasir, Langkawi pada pukul 11.45 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, mayat tersebut ditemui oleh bot penumpang semasa melakukan aktiviti menyusur paya bakau di perairan tersebut.

Berikutan itu sebuah bot ronda Maritim Malaysia dalam rutin rondaan digerakkan ke lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengenai penemuan mayat berkenaan.

Mayat dibawa ke Jeti APMM bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis menerima panggilan melalui MERS 999 berkenaan jumpan mayat terapung oleh pengadu.

Mayat kemudiannya dibawa ke Jeti APMM bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan menghubungi Balai Polis Langkawi di talian 04-4666222.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com