Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Rela ‘berkorban’ demi kekasih

Rela ‘berkorban’ demi kekasih

oleh Ammar Haziq
PDRM

SUNGAI PETANI, 4 OKT – Kerana tidak mahu ditinggalkan kekasih yang baru sebulan dikenali, seorang remaja perempuan sanggup ‘menyerahkan tubuh’ sebelum dia menyesali perbuatannya itu dan membuat laporan polis, semalam.

Dalam laporannya, mangsa yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah itu mendakwa kejadian berkenaan berlaku pada Mac lalu selepas teman lelaki yang berusia 19 tahun datang ke rumah neneknya di sebuah kawasan perumahan, di sini sebelum mereka melalukan hubungan seks.

Menurut sumber, siasatan mendapati mangsa mengenali teman lelakinya pada Februari lalu melalui Facebook (FB) ketika berada di rumah neneknya.

“Mangsa tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas kedua ibu-bapa bercerai dan dia yang bimbang ditinggalkan, termakan pujuk rayu teman lelaki sebelum mereka melakukan hubungan seks.

“Kejadian didakwa berlaku di rumah neneknya selepas mereka baru sebulan berkenalan dan mangsa mendakwa hanya sekali melakukan perbuatan itu (hubungan seks),” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berasa bersalah akhirnya menceritakan kejadian terbabit kepada neneknya sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan lanjut, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut kata-kata teman lelakinya kerana terlalu mencintai tukang rumah itu selain takut kehilangannya.

“Mangsa akan dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan polis kini sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com