Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri UUM terima 4,067 pelajar baharu semester pertama musim 2022/2023

UUM terima 4,067 pelajar baharu semester pertama musim 2022/2023

oleh Ammar Haziq
Waris pelajar ikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh Naib Canselor UUM.

SINTOK: 11 OKTOBER – Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima kemasukan 4,067 pelajar baharu bagi sesi 2022/2023 secara fizikal sepenuhnya bermula hari ini.

Mereka terdiri daripada calon lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pelajar antarabangsa yang akan mengikuti 47 program pengajian yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda.

Daripada jumlah tersebut, 2,995 merupakan pelajar perempuan manakala selebihnya, 1,072 adalah pelajar lelaki.

Bagi Sesi Akademik 2022/2023, UUM turut menawarkan program mobiliti kepada pelajar antarabangsa di peringkat Sarjana Muda.

Seramai 3,960 pelajar baharu merupakan warganegara manakala 205 lagi terdiri daripada pelajar antarabangsa.

Seramai 2,236 (59.49%) pelajar baharu yang mendaftarkan diri pada hari ini terdiri daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah).

Pecahan penawaran pelajar antarabangsa:

·       134 orang pelajar peringkat Sarjana Muda (8 buah negara)

·       35 orang pelajar mobiliti.

·       36 orang Ijazah berkembar (dari UMP, Indonesia)

Pelajar baharu UUM mula mendaftar pada hari ini.

Pelajar antarabangsa yang paling ramai mendaftar adalah dari negara Indonesia (89), Jepun (4), China (4) dan Perancis (3).

Sesi kali ini menunjukkan peningkatan kemasukan pelajar antarabangsa sebanyak 13.97% berbanding kemasukan tahun lalu iaitu 93 pelajar.

Semua pelajar antarabangsa ini telah mula mendaftar sejak 13 September lalu secara atas talian.

Manakala bagi tawaran program pengajian pula, program SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN menerima kemasukan terbesar iaitu 272 pelajar, diikuti SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (270) dan SARJANA MUDA SAINS EKONOMI DENGAN KEPUJIAN (260).

Seramai 599 daripada 4,354 pelajar melalui UPU yang ditawarkan adalah mereka yang mendapat Purata Markah Keseluruhan (PMK) 4.0 (13.75%) yang mana 242 pelajar adalah dari program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, 80 pelajar  bagi program Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian, 61 bagi Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian dan selebihnya adalah dari program-program lain yang ditawarkan.

Jumlah Purata Markah Keseluruhan (PMK) kemasukan calon pada tahun ini ialah sebanyak 3.56

Tiga program yang mencatatkan purata PMK kemasukan tertinggi 4.00 ialah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian.

Pada kali ini, UUM menerima 10 pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 8  pelajar Orang Asli yang datang dari Pahang (4 pelajar), Perak (3 pelajar ) dan Negeri Sembilan (1 pelajar)

Sehingga Oktober 2022, jumlah keseluruhan pelajar UUM adalah seramai 33,658 orang iaitu 27,732 bagi peringkat pengajian sarjana muda dan 5,926 bagi pascasiswazah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com