Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri Maritim rampas 20 set bubu naga bernilai RM2,400

Maritim rampas 20 set bubu naga bernilai RM2,400

oleh Ammar Haziq
Set bubu naga yang dirampas di Kuala Kuar, Kuala Kedah.

KUALA KEDAH, 12 Okt. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 20 set bubu kambang atau bubu naga (China prawn net trap) dalam operasi rondaan rutin Op Aman di kedudukan satu batu nautika, perairan Kuala Kuar sekitar jam 11 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, semasa rondaan dilakukan, anggota bot ronda Maritim Malaysia telah menemui pelampung penanda dan pancang yang mencurigakan dipasang pada setiap bubu naga berukuran lebih kurang 10 meter panjang di lokasi berkenaan.

Kesemua bubu naga tersebut dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Anggaran kesemua bubu naga yang dirampas bernilai lebih kurang RM 2,400.

Nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang telah diperuntukan.

Zon Maritim Kuala Kedah tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dalam kawasan perairan negara.

Zon Maritim Kuala Kedah juga mengalu-alukan aduan mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com