Saturday, 15, June, 2024
Utama Negeri 13 PATI warganegara Myanmar gagal lolos ke Malaysia

13 PATI warganegara Myanmar gagal lolos ke Malaysia

oleh Ammar Haziq
Kesemua individu tersebut ditahan kira-kira pukul 8 malam tadi.

KUBANG PASU, 22 Oktober – Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan ketika cuba memasuki negara ini menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia dan Thailand, dalam sektor Op Benteng, Kawasan Tanggungjawab Briged keenam Infantri Malaysia di Bukit Kayu Hitam, malam tadi.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, penahanan kesemua individu tersebut dilakukan kira-kira pukul 8 malam tadi.

Katanya, tim ronda yang sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan tersebut berjaya mengesan pergerakan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan belukar, dalam kebun getah.

“Anggota bertugas kemudiannya bertindak menjejak dan menahan kesemua individu tersebut seramai 13 orang.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 51 tahun,” katanya.

PATI warganegara Myanmar ditahan ketika cuba memasuki negara ini menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia dan Thailand, dalam sektor Op Benteng, Kawasan Tanggungjawab Briged keenam Infantri Malaysia di Bukit Kayu Hitam, malam tadi.

Tambahnya, sebanyak tujuh telefon bimbit, 10 kad pengenalan Myanmar serta tujuh beg pakaian turut dirampas daripada mereka yang ditahan.

“Selain itu, pihak kami turut merampas wang tunai dalam mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand bernilai lebih RM500.

“Kesemua PATI itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com