Wednesday, 17, April, 2024
Utama Negeri Feri bawa 547 penumpang dari Langkawi terkandas di perairan Kuala Kedah

Feri bawa 547 penumpang dari Langkawi terkandas di perairan Kuala Kedah

oleh admin

KUALA KEDAH, 23 Okt. – Sebuah feri penumpang membawa 547 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah terkandas di Muara Kuala Kedah kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak kejaian itu dipercayai berlaku akibat air surut di kawasan tersebut.

Bersandarkan laporan diterima katanya, terdapat beberapa penumpang mengalami sesak nafas dengan pihaknya berjaya memberi bantuan awal perubatan dengan menggunakan aset bot zon Maritim kuala Kedah pada pukul 5.37 petang.

“Aset tersebut adalah Bot Perkasa 1224 Maritim Malaysia dengan dibantu beberapa bot nelayan tempatan. Hanya bot kecil saja boleh merapat ke feri tersebut.

“Sehingga kini proses membawa keluar kesemua penumpang feri masih giat dilakukan,” katanya.

Sementara itu Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom memaklumkan, pihaknya masih menanti laporan daripada kapten Feri Bahagia 98 yang terkandas itu.

Bersandarkan laporan awal katanya, kejadian berlaku ketika air laut berada pada paras 1.7 meter iaitu paras yang masih selamat untuk feri belayar.

“Banyak faktor boleh menyebabkan feri terkandas antaranya feri tidak mengikut laluan asal atau laluan feri dihalang oleh kerja-kerja pengerukan laut yang sedang dijalankan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com