Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Unit selam APM Kedah sedia digerakkan pada bila-bila masa

Unit selam APM Kedah sedia digerakkan pada bila-bila masa

oleh Ammar Haziq
Unit penyelam APM Kedah mengikuti latihan menyelam di Pulau Payar, Kedah.

PULAU PAYAR, 15 Nov 2022 – Bagi mengukuhkan lagi ilmu dan kemahiran dalam tugasan operasi selam, Unit Selam APM Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah APM Kedah, Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaakub telah mengadakan latihan menyelam di Pulau Payar, Kedah.

Menurut Askandar, seramai 12 orang ahli Unit Selam APM Negeri Kedah telah terlibat dalam latihan tersebut. 

“Dalam latihan ini kita memberi peluang kepada ahli Unit Selam untuk mengulangkaji dan menambahbaik kemahiran diri dalam operasi penyelamatan ketika kecemasan ataupun bencana. 

“Setakat ini APM Negeri Kedah mempunyai 12 orang pegawai dan anggota Unit Selam yang boleh digerakkan pada bila-bila masa sekiranya berlaku kes lemas atau lain-lain kes kecemasan di air,” katanya.

Sebahagian daripada 12 anggota Unit Selam APM Kedah.

Sebagai rekod pasukan ini telah diberi penambahbaikan dari segi kemahiran apabila diberi latihan oleh jurulatih daripada Commercial Divers Network dan pernah melalukan latihan bersama Unit Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.  

Latihan menyelam itu turut disertai rakan strategik dan pasukan sokongan APM Kedah iaitu Mejar Bersekutu (PA) Oh Aik Kim, dari CDERT Lions Club. 

Dalam latihan ini peserta akan membuat latih tubi berkaitan teknik selam scuba yang betul dan aspek keselamatan diri semasa melaksanakan aktiviti selaman.

Latihan ini juga amat penting bagi pasukan unit selam bagi mengukuhkan kemahiran mereka dalam penugasan mencari dan menyelamat di air ketika operasi dijalankan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com