Friday, 19, April, 2024
Utama Negeri Feri penumpang dan kapal tangki ditahan, pindah minyak secara haram

Feri penumpang dan kapal tangki ditahan, pindah minyak secara haram

oleh Ammar Haziq
Penahanan dibuat melalui rondaan rutin oleh bot maritim dalam Operasi Aman di perairan Langkawi.

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, mengagalkan dan menahan dua vesel yang disyaki melakukan cubaan memindahkan minyak secara haram di kedudukan 0.9 batu nautika, Utara Pulau Dayang Bunting, Langkawi pada jam lebih kurang 7.35 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, penahanan dibuat melalui rondaan rutin oleh bot maritim dalam Operasi Aman di perairan Langkawi.

Kedua-dua kapal tangki dan feri tersebut ditahan dalam keadaan yang mecurigakan dengan merapat antara satu sama lain.

Pemeriksaan dan geledah mendapati, nakhoda kapal telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak atau ship to ship (STS) transfer.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kapal tangki terbabit membawa nakhoda, lima kru warga Indonesia serta dua kru warga tempatan. Manakala, feri penumpang membawa nakhoda bersama tujuh kru warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 63 tahun telah ditahan dan di bawa ke Jeti Maritim, Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 491B(1)(I) dan Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki menjalankan aktiviti ‘ship to ship’ (STS) tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Malaysia akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal dalam perairan negara sentiasa terjamin. Para pengusaha feri dan ejen perkapalan khususnya di Langkawi, dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang demi kesejahteraan serantau.

Maritim Malaysia juga amat menghargai kerjasama daripada Komuniti Nelayan Setempat dan berharap kerjasama akan diteruskan dari masa ke semasa. Sebarang aduan jenayah maritim salurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis melalui talian 04-9662750 atau MERS 999.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com