Tuesday, 23, April, 2024
Utama Negeri Lima nyaris lemas mandi kolam Air Terjun Junjong

Lima nyaris lemas mandi kolam Air Terjun Junjong

oleh Ammar Haziq
Ambulan membawa mangsa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut.

KULIM – Lima individu nyaris lemas semasa mandi di dalam kolam di Air Terjun Junjong, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Mohd Redzuan Salleh, berkata kesemua mangsa dipercayai datang dari Sungai Petani.

Menurutnya, mereka mandi di kolam itu pada jam 1.50 petang.

“Ambulans Hospital Kulim dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.15 petang bagi membawa tiga mangsa untuk rawatan lanjut.

“Mangsa terdiri seorang lelaki dan dua perempuan berusia 25, 26 dan 56 tahun.

“Ketiga-tiga mangsa yang dibawa ke hospital stabil selepas diberi rawatan lanjut bagi mengeluarkan air dari dalam peparu,” katanya. 

Mohd Redzuan berkata, dua lagi mangsa lelaki masing-masing berusia 28 dan 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan sebaik di naikkan di atas tebing.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com