Wednesday, 24, April, 2024
Utama Umum PM Arah Papan Iklan Malaysia Madani Tidak Lagi Dipasang

PM Arah Papan Iklan Malaysia Madani Tidak Lagi Dipasang

oleh admin

KEDAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan, papan iklan yang menampilkan gambarnya dan teks Kerajaan Madani tidak lagi dipasang di seluruh negara.

Menurut beliau, papan iklan berkenaan sebelum ini dipasang tanpa kelulusan dan persetujuan beliau termasuk ketika lawatannya di sekitar Bandaraya Alor Setar.

Jelas Anwar, beliau difahamkan oleh jabatan yang terlibat bahawa pemasangan papan iklan berkenaan adalah menggunakan peruntukan yang dikeluarkan pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Sehubungan itu, atas dasar dan pendirian baharu Kerajaan Madani, pemasangan papan iklan baharu tidak akan dibuat selepas ini dan peruntukannya akan digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Saya telah arahkan semua ‘billboard’ yang tampilkan saya serta tulisan Kerajaan Madani yang baharu selepas ini dihentikan, kekal yang sedia ada sahaja dan saya tidak mahu ini diteruskan kerana ia menunjukkan satu pendirian Kerajaan Madani, hormatinya. Sebelum ini ia dipasang kerana pegawai yang terlibat itu merasakan ini hanya meneruskan dasar yang sedia ada, kebetulan saya tidak dimaklum berkaitan itu dan saya tidak boleh beri sebarang keputusan. Oleh kerana saya sudah dimaklum pihak terlibat, saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat ‘billboard’ besar-besar, cukuplah yang ada, tetapi tidak boleh diteruskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Hotel Raia di Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar tidak menyalahkan mana-mana agensi kerajaan yang bertanggungjawab memasang papan iklan berkenaan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com