Thursday, 25, April, 2024
Utama Negeri zayad kekal terajui DPMM Kedah

zayad kekal terajui DPMM Kedah

oleh Ammar Haziq

Datuk Mohd Zayad Ismail kekal jawatan Yang DiPertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah sekali lagi apabila menewaskan pencabarnya Dato’ Hj. Badrul Hisham Hashim untuk sesi 2023-2026 dalam pemilihan jawatankuasa sempena Mayuarat Agung Dewan Melayu Kedah ke-49.

Pertandingan dua penjuru tersebut dimenangi dengan majoriti besar dengan perbezaan 70 undi.

Bermakna ini penggal terakhir beliau memimpin DPMM Kedah kerana tempoh memegang jawatan Yang DiPertua Dewan adalah tidak melebihi dua penggal.

Mengesahkan perkara itu Datuk Zayad dalam penguguman berkata, pada AGM itu, perwakilan turut bersetuju memilih Setiusaha Kehormat, Zulkifli Khamis sebagai timbalan beliau yang baharu.

Zulkifli Khamis menang sebagai Timbalan Yang DiPertua menewaskan penyandang sebelumnya Badrol Hisham Mohd Rejab.

Manakala bagi jawatan Naib Yang DiPertua di menangi oleh Mohd Khairul Rohami. Keputusan lain, 7 daripada 9 ahli jawatankuasa yang menang pada pemilihan kali ini merupakan penyandang jawatan yang sama pada penggal lepas.

Pemilihan jawatankuasa Dewan Melayu Kedah penggal baru tersebut berakhir pada Sabtu yang berlangsung di The Jerai Hotel Alor Setar yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Turut hadir adalah Pemangku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon bersama barisan Majlis Eksekutif Dewan DPMM.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com