Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri Maqis tahan keratan ayam sejuk beku RM 234,036 dari Thailand

Maqis tahan keratan ayam sejuk beku RM 234,036 dari Thailand

oleh Ammar Haziq
Keratan ayam gunting dari Thailand yang ditahan Maqis di Bukit Kayu Hitam.

Bukit Kayu Hitam – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 2,167 kotak keratan ayam sejuk beku dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Menurut Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam Tuan Mohd Sukor Bin Shafie, berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh Pegawai MAQIS, mendapati sebanyak 26,004 kilogram (kg)  keratan ayam sejuk beku yang disusun ke dalam kontena tersebut adalah dianggarkan bernilai RM 234,036.00 dan ditahan untuk tindakan lanjut kerana perakuan yang mengelirukan.

Katanya lagi, kegagalan untuk mengemukakan maklumat yang tepat atau mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 50 000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali di bawah Akta yang sama.

Pihak MAQIS sangat komited dalam memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak dan tidak akan leka serta memandang mudah terhadap perkara ini dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com