Thursday, 28, March, 2024
Utama Nasional LIMA’23 penganjuran terbesar dalam sejarah

LIMA’23 penganjuran terbesar dalam sejarah

oleh Ammar Haziq
Mohamad (dua kanan) melihat replika jet pada pameran LIMA’23 di Langkawi.

LANGKAWI – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) dianggap sebagai penganjuran terbesar dalam sejarahnya apabila berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, LIMA edisi kali ini juga bakal menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani untuk kedua-dua sektor pertahanan dan komersial bernilai mencecah RM18 bilion.


“Berbanding dahulu (2019), kali ini lebih banyak penyertaan selain penyertaan lima pasukan aerobatik terkemuka menjadikannya terbesar dalam sejarah.


“Pameran ini juga disertai 119 pesawat yang menyertai pameran statik dan aerobatik, selain 40 kapal tentera laut dari dalam dan luar negara,” katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan segmen maritim di Resort World Langkawi (RWL).


Katanya lagi, Kementerian Pertahanan saja melibatkan RM10 billion manakala selebihnya membabitkan kementerian lain termasuk Kementerian Pengangkutan serta agensi-agensi lain yang turut serta dalam pameran kali ini. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com