Tuesday, 16, April, 2024
Utama Nasional MINDEF meterai kontrak perolehan alatan pertahanan lebih RM10 bilion

MINDEF meterai kontrak perolehan alatan pertahanan lebih RM10 bilion

oleh Ammar Haziq
Mohamad (lima kanan) pada majlis menandatangani semua dokumen berkenaan dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz mewakili kerajaan Malaysia di LIMA’23 di Langkawi.

LANGKAWI –  Kementerian Pertahanan (MINDEF) menandatangani 43 dokumen kontrak, Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Niat yang bernilai RM10.128 bilion pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).


Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kerajaan berharap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat menerima semua aset terbaharu berkenaan mengikut masa ditetapkan sekaligus meningkatkan tahap kesiapsiagaan ATM dalam menjamin kedaulatan negara dan kestabilan serantau.


“Alhamdulillah sebanyak 41 perjanjian atau surat perakuan telah kita tandatangan di antara Kementerian Pertahanan dan pihak berkenaan, yang mana ia bernilai sebanyak 10.128 bilion.


“Sebanyak 20 surat dokumen kontrak, 21 surat setuju terima, 2 letter of Intend (perolehan aset) saya berharap supaya perolehan aset-aset ini akan dapat kita terima dalam keadaan baik, terima dalam jangka masa ditetapkan,” katanya yang menyaksikan majlis menandatangani semua dokumen berkenaan dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz mewakili kerajaan Malaysia.


Turut sama adalah Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.


Dokumen kontrak tersebut adalah bagi penerimaan empat Helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang berfungsi sebagai platform kepada Tim Nukleus di bawah Tentera Darat Malaysia (TDM).

Helikopter tersebut digunakan bagi tujuan latihan dan tugasan penerbangan operasi TDM melalui sewaan daripada syarikat Aerotree Defence & Services Sdn Bhd.

Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dokumen kontrak adalah bagi perolehan membabitkan 18 pesawat tempur FA-50 Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) yang akan diperoleh daripada Korea Aerospace Industries (KAI).

TUDM juga bakal memperoleh tiga pesawat tanpa pemandu ‘Unmanned Aerial System’ (UAS) dan ‘sistem kelengkapan ‘Medium Altitude Long Endurance’ (MALE) Fasa Satu daripada Turkish Aerospace Industries.

Bagi memantapkan pemantauan ruang udara negara pula, TUDM bakal memperoleh dua pesawat rondaan maritim (MPA) Fasa Satu dan sistem sokongan daripada syarikat Leonardo SPA.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com