Friday, 29, March, 2024
Utama Nasional Dasar fiskal Kerajaan, langkah Belanjawan 2023 membuahkan hasil – PM

Dasar fiskal Kerajaan, langkah Belanjawan 2023 membuahkan hasil – PM

oleh Ammar Haziq
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir ke Sesi Dialog Tinjauan Ekonomi dan Pra-Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, 30 Mei 2023. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi dialog bersama dengan para pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi pada Selasa.


Dialog diadakan bagi melihat dan mengatur langkah-langkah untuk memperkukuh pemacuan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan domestik.


“Saya menekankan petunjuk awal indikator ekonomi memperlihatkan bahawa dasar fiskal Kerajaan dan langkah Belanjawan 2023 telah membuahkan hasil meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang diwarisi sejak Kerajaan mengambil alih pada November 2022,” katanya yang dipetik melalui Facebook rasminya.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir ke Sesi Dialog Tinjauan Ekonomi dan Pra-Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, 30 Mei 2023. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri.


Beliau turut mengulangi komitmen Kerajaan untuk memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan, memulihkan keyakinan terhadap institusi awam dan tatakelola serta mempertegak keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan visi Malaysia Madani.


Sementara itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pula, Anwar berkata, kabinet turut menumpu untuk mempercepat pelaksanaan projek kerajaan dan memudahkan kelulusan aktiviti perniagaan antaranya termasuklah permohonan berkenaan ekspatriat yang berkemahiran.


“Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memangkin dan menarik pelaburan berkualiti tinggi yang akan menghasilkan hubungan dengan para usahawan tempatan dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.


“Ini termasuk langkah Belanjawan 2023 untuk menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan dan jaminan bernilai RM40 bilion,” ujar beliau lagi. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com