Monday, 29, April, 2024
Utama Sukan Kedah pasang impian julang Piala Cabaran 2023

Kedah pasang impian julang Piala Cabaran 2023

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 2023, Kedah Darul Aman (KDA) FC memasang impian untuk menjulang Piala Cabaran 2023.


Pengendalinya, Nafuzi Zain perlu melepasi halangan pertama iaitu berdepan Kuching City FC  pada aksi suku akhir pertama di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak malam ini.


“Matlamat kami sudah pasti adalah untuk merebut kemenangan piala ini. Tidak kira lah sama ada piala apa sekalipun, kerana pastinya semua pasukan yang bersaing tetap mahu merebutnya.


“Kami perlu terus kekal fokus dan mengelak sebarang kelalaian apabila bertemu Kuching City FC pada suku akhir pertama ini. 
“Sasaran adalah mahukan kemenangan melalui persiapan yang sedang kita lakukan sepanjang tempoh Liga Malaysia berehat,” katanya mengulas aksi bertemu Kuching City FC yang kini berada di kelompok bawahan Liga Super 2023.


Sang Kenari perlu mencatatkan emenangan di Kuching sebelum aksi kedua suku akhir di Stadium Darul Aman pada  4 Oktober depan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com