415
JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pemasangan padang hybrid di kesemua fasiliti milik mereka dan muncul kelab pertama di Malaysia yang melakukannya.
Laman Facebook rasmi JDT iaitu Johor Southern Tigers melaporkan perkara tersebut pada petang Khamis.
Menurutnya, padang jenis hybrid yang baharu sedang dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos milik Kelab Bolasepak JDT di Larkin.
Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua fasiliti milik JDT.
“Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu yang seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan tersebut.