Wednesday, 1, May, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis

Penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis

oleh Ammar Haziq

CHANGLUN – Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechik, Napoh, di sini pada petang Jumaat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, suspek sempat melepaskan dua das tembakan sebelum maut ditembak dengan empat das tembakan oleh polis dalam kejadian jam 5.30 petang tersebut.

Menurutnya, Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah yang melakukan rondaan Op Laras di kawasan kejadian ternampak sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Kereta tersebut agak mencurigai kita mintak dia berhenti tetapi dia tidak berhenti dan dia telah melepaskan tembakan dan berlaku tembak menembak. Kita telah berjaya menumpaskan satu lelaki yang kita periksa umur 57 tahun.

“Serta-merta kita periksa rekod kita dapati ianya ada empat rekod yang melibatkan kes dadah termasuk satu kes llpd dan juga ada satu kes jenayah melibatkan di bawah senjata api juga senjata tiruan,” katanya pada sidang media pada Jumaat di lokasi kejadian.

Jelasnya, pemeriksaan dalam kereta suspek menemukan dua pucuk pistol dan 240 butir peluru dan kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Beliau berkata lagi, polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui sama ada suspek terbabit dengan mana-mana sindiket atau sebaliknya.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com