Wednesday, 1, May, 2024
Utama Sukan Pemain terbaik Asia warnai Kejohanan Golf Undangan Remaja RSGC-SportExcel

Pemain terbaik Asia warnai Kejohanan Golf Undangan Remaja RSGC-SportExcel

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) mengumumkan Kejohanan Golf Undangan Remaja RSGC-SportExcel (JIGC) ke-9 2024 yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Mei 2024 di padang golf terkemuka RSGC, di sini.

Penganjuran kejohanan itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) dan dijangka akan memperlihatkan pemain golf amatur remaja terbaik dari Malaysia dan serantau.

Menurut Pengerusi Golf RSGC, Ezani Datuk Abu Bakar, beliau melahirkan kegembiraan tentang kejohanan tahun ini,

“Ia memberi kami kegembiraan yang besar untuk sekali lagi menyambut rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan serantau untuk edisi kesembilan Kejohanan Golf Undangan Remaja RSGC-SportExcel 2024.

“Ini adalah tahun ke-9 kejohanan tahunan dan adalah satu-satunya acara khas untuk kami kerana ini adalah kolaborasi kedua kami dengan SportExcel, badan rasmi yang menyokong dan mempromosikan golf remaja di Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, JIGC menjadi mercu tanda bagi bakat yang muncul, menarik penyertaan dari seluruh Asia dan pelbagai negara ASEAN.

Menurutnya, tahun ini, pihaknya menjangka penyertaan kira-kira 90 pemain golf remaja berbakat termasuk 19 Pemain Remaja Kebangsaan dari program Pembangunan Remaja MGA, dengan 6 pemain yang mengungguli tempat di Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).

“Kejohanan kali ini juga dijangka sengit dengan peserta-peserta dari Australia, Britain, India, Indonesia, Korea, dan tentunya Malaysia.

“Misi SportExcel untuk mendorong kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik sehaluan dengan komitmen kami (RSGC) untuk melahirkan generasi pemain-pemain muda yang bakal menerajui kejuaraan golf di rantau asia dan dunia. Melalui kerjasama ini, kami sangat berbesar hati untuk menerima pemain-pemain Remaja Golf Elit Malaysia di dalam kohananan yang beprestij ini,” ujarnya lagi.

Jelas Ezani, peralihan dari kejohanan terbuka remaja kepada acara undangan adalah komitmen pihaknya untuk menyediakan platform kepada pemain remaja elit dan memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kehebatan mereka di RSGC sebuah kelab golf paling brestij dan tertua di Malaysia.

“Jemputan telah diperluaskan kepada pemain elit SportExcel, juara negeri dan kelab, serta pemain teratas serantau, dengan menumpukan kepada pemain amatur remaja (lelaki dan perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah) dengan handicap USGA yang mengagumkan.

Kejuaraan tiga hari ini tidak hanya menarik beberapa golfer muda paling berbakat dalam sukan ini tetapi juga berfungsi sebagai ‘Counting Events’ di dalam Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR), menekankan kepentingannya dalam komuniti golf global,” kata beliau lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com