Sunday, 14, July, 2024
Utama Sukan Selangor FC sudah bersedia berdepan KDA FC Sabtu ini

Selangor FC sudah bersedia berdepan KDA FC Sabtu ini

oleh Ammar Haziq

Motivasi dan fokus Selangor FC berada pada tahap optimun bagi menghadapi Kedah Darul Aman (KDA) FC pada saingan kedua Liga Super 2024-2025, Sabtu ini.

Tidak turun pada perlawanan Piala Sumbangsih 2024 menentang JDT pada 10 Mei lalu atas solidariti kepada Fiasal Halim yang cedera disimbah asid menyaksikan skuad Nidzam Jamil telah secara automatik tewas dengan keputusan 3-0.

Kini The Red Giant mula mengalih perhatian pada perlawanan menentang Sang Kenari yang memperolehi motivasi selepas menewaskan PDRM FC 0-1 pada aksi pertama di Selayang, kata Nidzam.

“Pasukan sudah bersedia, kampir kesemua pemain sudah berada di tahap optimum untuk perlawanan akan datang kecuali K. Ruventhiran yang mengalami kecederaan ketika bersama skuad kebangsaan.

“Dia memerlukan dalam dua hingga tiga minggu sebelum dapat diturunkan dalam skuad utama.”
Tambah Nidzam, “Daripada segi motivasi dan fokus, saya percaya pasukan Selangor sudah bersedia untuk perlawanan bertemu Kedah.

“Setiap individu dalam skuad Selangor berasa sedih dengan apa yang telah berlaku, semua banyak belajar daripada situasi ini. Semua sudah mula memberikan fokus dan sedia untuk menghadapi perlawanan bertemu Kedah,” katanya yang dipetik melalui Astro Arena.

Jelas Nidzam, terdapat beberapa lagi untuk membuat penilaian dan kami akan cuba menghadirkan perlawanan terbaik bertemu Kedah.

Menurutnya, semua pemain lawan akan diberikan perhatian dan bukan sahaja tertumpu kepada penyerang Kedah, Syafiq Ahmad yang berjaya menjaringkan gol pantas dalam tempoh 33 saat selepas perlawanan bermula.

“Bukan sahaja Syafiq Ahmad keutamaan buat Selangor, Kedah memiliki deretan pemain yang mampu menjadi ancaman buat Selangor. Kehadiran pengendali pasukan, Nafuzi Zain sendiri sentiasa menghadirkan taktikal perlawanan yang mampu memberikan kesukaran buat kami.

“Sebagai pengendali, saya akan cuba memberikan taktikal yang terbaik dan pemain yang turun beraksi akan menghadirkan corak permainan dalam perlawanan itu nanti.

“Kami meletakkan harapan untuk menterjemahkan perlawanan yang terbaik dan keputusan yang positif,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com