Saturday, 27, July, 2024
Utama Sukan Piala Dunia ISTAF: regu dan beregu Malaysia juara berganda’libas’ Thailand

Piala Dunia ISTAF: regu dan beregu Malaysia juara berganda’libas’ Thailand

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Malaysia mengejutkan gergasi sepak takraw apabila menewaskan pasukan tersebut dalam acara beregu Piala Dunia ISTAF 2024 dengan 17-16,15-13 pada final di Stadium Titiwangsa pada malam Rabu.

Skuad beregu negara yang diwakili oleh Aidil Aiman Azwawi Dan Noraizat Nordin serta pemain simpanan, Baihakki A’ripin memberikan kegembiraan kepada penyokong tempatan sejak permulaan perlawanan lagi.

Pasangan lawan iaitu Seksan Tubtong Dan Kittiphum Sareebut dilihat cuba memberikan saingan kepada pasangan negara terutamanya pada set pertama sebelum Aidil-Noraizat menang set pertama 17-16.

Pada set kedua, mereka terus diberikan tentangan yang sengit namun akhirnya berjaya ‘melibas’ Thailand untuk menjulang kejuaraan dengan keputusan 15-13.

Dalam acara beregu pula, skuad kebangsaan memastikan Malaysia muncul juara berganda piala dunia apabila turut menewaskan pasukan Thailand 15-8, 15-12.

Trio yang dibarisi Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) mempamerkan aksi dan semangat yang luar biasa dalam mengasak pasukan lawan sejak awal permainan.

Mereka konsisten meraih mata demi mata dan menang mudah set pertama, sekaligus membuka peluang untuk menewaskan pasukan Thailand yang terdiri dari Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan dan Varayut Jantarasena.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com