Monday, 28, April, 2025
Utama Ekonomi ASEAN berupaya tangani langkah Washington kenakan tarif

ASEAN berupaya tangani langkah Washington kenakan tarif

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR:ASEAN berupaya untuk menangani langkah Washington mengenakan tarif membebankan yang menyebabkan pasaran global merosot.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana negara ASEAN sudah terbukti mempunyai daya tahan mendepani peperangan, krisis dan rampasan kuasa selama hampir enam dekad sejak penubuhannya pada 1967.

“Kekuatan ASEAN bukan terletak pada situasi yang menarik perhatian ramai tetapi pada daya tahannya yang telah terbukti dalam mendepani peperangan, krisis dan rampasan kuasa selama hampir enam dekad sejak penubuhannya pada 1967,” katanya pada Persidangan Pelaburan ASEAN di sini hari ini.

Menyuntik keyakinan itu, beliau berkata ASEAN, yang kini di bawah kepengerusian Malaysia, sentiasa bergerak ke hadapan, walaupun adakalanya dianggap perlahan namun terus maju.

Anwar turut menegaskan ASEAN berkembang secara berperingkat dan bukan melalui revolusi.

Oleh itu, tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bukan cabaran pertama kepada multilateralisme atau pun yang terakhir tetapi jika ASEAN terus bertekad – untuk kekal terbuka, pragmatik dan bersatu – ia menjadi bukti bahawa dunia mampu berfungsi lebih baik apabila bekerjasama, kata beliau pada Persidangan Pelaburan ASEAN di sini hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com