KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada baginda serta mendoakan agar Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan seluruh kerabat diraja terus dikurniakan keafiatan serta kesejahteraan berpanjangan.
Anwar turut menzahirkan doa agar baginda kekal memayungi rakyat Selangor dengan penuh kebijaksanaan dan beroleh keberkatan dalam pemerintahan.