Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Petani mohon kerajaan campurtangan harga padi jatuh

Petani mohon kerajaan campurtangan harga padi jatuh

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – para pesawah di Kampung Kuar Jawa, Alor Janggus, dekat sini memohon kerajaan membantu menyelesaikan masalah harga padi yang jatuh sehingga RM1,250 per tan.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Sungai, Salleh Ali berkata, berita yang diterima sebelum ini apabila diumumkan kerajaan bahawa harga padi berada  RM1,700 hanya bertahan sementara sahaja.

Menurutnya, pesawah memohon kerajaan mengkaji dan menaikkan semula harga padi kepada RM1,700 kerana golongan tersebut telah menampung pelbagai kenaikan kos pada hari ini.

“Semua sedia maklum bahawa kami petani terpaksa menanggung kos yang tinggi iaitu bermula penanaman padi sehinggalah selesai padi dituai, kos  meningkat ini tidak diambil peduli,” katanya semasa ditemui di Kampung Kuar Jawa, dekat sini pada Sabtu.

Seorang pesawah, Lim Han Bon, 38 pula berkata, mereka juga dibebani dengan hutang dan penurunan harga padi tersebut akan terus memberikan tekanan kepada golongan berkenaan.

Menurutnya, bukan semua pesawah dapat hasil padi yang baik kerana bergantung kepada faktor cuaca.

“Dengan harga RM1,250 ini tidak patut dan memang tidak dapat buat bendang. Kosnya tinggi. Saya sempat dapat hasil untuk RM1,700 dalam tempoh dua minggu tapi sekarang tuai dapat harga RM1,250 lah,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com