Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional Pakej cermin mata Rahmah serendah RM50

Pakej cermin mata Rahmah serendah RM50

oleh Ammar Haziq
Salahuddin (tengah).

KUALA LUMPUR:Inisiatif Payung Rahmah yang bermula dengan menu makanan, bakul makanan, rawatan dan jualan murah, kini diperluaskan kepada Pakej Rahmah Cermin Mata.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata, inisiatif itu dijayakan dengan kerjasama syarikat MOG Eyewear.

Katanya, menerusi pakej itu, rakyat boleh membeli cermin mata pada harga antara RM50 dan RM100, selain menaik taraf kanta kepada ‘blue cut lens’ dengan perlindungan sinaran ultra ungu pada RM100 sahaja.

“Pakej ini boleh didapati di 96 cawangan MOG Eyewear di Malaysia.

” Insha Allah, inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan dengan pelbagai lagi tawaran menarik, sesuai dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” katanya. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com