Thursday, 5, December, 2024
Utama Umum Lelaki dikhuatiri lemas semasa memukat di kawasan banjir

Lelaki dikhuatiri lemas semasa memukat di kawasan banjir

oleh Ammar Haziq

JITRA – Bomba melancarkan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai kawasan tebatan banjir semasa memukat ikan di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra pada Ahad.

Menurut Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim, satu panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut diterima pada jam 7.29 malam.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Pasukan Gerak Cepat (PGC) segera bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Berdasarkan maklumat, lelaki berusia sekitar 40 tahun itu sedang memukat ikan ketika kejadian berlaku. SAR telah dilancarkan, dengan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut berada di lokasi,” katanya pada Isnin.

Ahmad Aminuddin menjelaskan bahawa ketika menerima panggilan kes tersebut, pasukan PGC sedang melakukan operasi penyelamatan kes banjir.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com