ALOR SETAR – Program penyerahan stiker Promosi Visit Kedah 2025 kepada pengusaha bas ekspres dan bas persiaran adalah sebahagian daripada strategi promosi yang dijalankan oleh Kedah Tourism bersama rakan strategik untuk mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025.
Sebanyak 15 syarikat pengendali bas ekspres telah bersetuju untuk mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025, dengan lebih daripada 100 buah bas terlibat dalam kempen promosi ini.
Bas-bas ini akan bergerak dari Negeri Kedah ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada hari yang sama, stiker promosi Tahun Melawat Kedah 2025 juga diserahkan kepada Persatuan Pengusaha Bas Persiaran di bawah MOTAC yang turut serta dalam kempen ini.
Pengerusi Persatuan Bas Pesiaran Negeri Kedah, Muhammad Farhan Yahaya, Pengerusi menyatakan bahawa ini adalah kali pertama pihak persatuan dijemput menjadi rakan strategik dalam mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025.
Beliau memaklumkan bahawa sebanyak 200 buah bas pesiaran telah bersedia untuk mempromosikan kempen ini.
Majlis penyerahan stiker promosi tersebut dihadiri
Pengurus Besar Kedah Tourism, Azlizam Jaafar Sidik, mewakili Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin.
Turut hadir pada acara tersebut adala Dato Bandar Alor Setar, Pengarah JPJ, serta pengendali bas ekspres dan pesiaran Negeri Kedah.
Sementara itu, Azlizam menyatakan terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan strategik Kedah Tourism, terutamanya syarikat bas di Negeri Kedah.
Menurutnya, beliau berharap dengan kerjasama dan usaha yang dijalankan, kempen Tahun Melawat Kedah 2025 akan dapat disemarakkan lagi dan sekaligus mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya.