Wednesday, 22, January, 2025
Utama Negeri Dua mayat rentung dalam kebakaran belum  dikenalpasti

Dua mayat rentung dalam kebakaran belum  dikenalpasti

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR ā€“ Dua mayat yang rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Tongkang Yard, dekat sini pada awal pagi Selasa belum dapat dikenalpasti.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, siasatan awal mendapati rumah yang terbakar adalah jenis kediaman kampung.

Menurutnya, binaan tingkat bawah rumah adalah jenis simen manakala binaan papan pada tingkat atas telah terbakar hampir keseluruhannya.Ā 

ā€œPihak polis bersama pasukan bomba menemui dua mayat individu dalam keadaan rentung di tingkat bawah rumah selepas kebakaran berjaya dipadamkan.

ā€œSehubungan itu, pasukan Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah turut dipanggil ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut bersama pasukan Forensik Bomba.Ā 

ā€œDua mayat individu yang belum dikenalpasti identiti tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk tujuan bedah siasat dan proses perbandingan DNA bagi mengenalpasti identiti sebenar mangsa,ā€ katanya.

Jelas Siti Nor Salawati, siasatan masih dijalankan sementara menunggu laporan penuh bedah siasat termasuk laporan punca kebakaran daripada Unit Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat.Ā 

Menurutnya, pada masa ini, kes masih diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com