Saturday, 22, February, 2025
Utama Nasional PM pengerusi mesyuarat Jemaah Menteri sejurus tiba dari Bahrain

PM pengerusi mesyuarat Jemaah Menteri sejurus tiba dari Bahrain

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini sejurus tiba dari Bahrain pada jam 5 pagi, menunjukkan komitmen dan kesungguhannya dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin negara.

Walaupun baru sahaja pulang dari lawatan rasmi ke Bahrain dan Brunei, Perdana Menteri tidak menangguhkan urusan pentadbiran dan terus memimpin mesyuarat penting bersama Jemaah Menteri.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau turut berkongsi hasil lawatan yang membawa impak positif terhadap pengukuhan serta peningkatan kerjasama antara negara.

“Usai tiba dari Bahrain sekitar jam 5 pagi tadi, saya terus mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi ini.

“Saya turut kongsikan hasil lawatan ke Bahrain dan Brunei yang tentunya membawa impak kepada pengukuhan serta peningkatan kerjasama dan sinergi baharu, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com