Tuesday, 25, February, 2025
Utama Nasional Kerajaan beri keutamaan projek tebatan banjir Kelantan

Kerajaan beri keutamaan projek tebatan banjir Kelantan

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi keutamaan kepada perkembangan projek tebatan banjir dan pengurusan air di Kelantan termasuk pembangunan di kawasan sempadan negara jiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan selepas beliau menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Perdana Putra,Putrajaya di sini, hari ini.

Katanya, perbincangan hari ini adalah usaha menambah baik kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Antara yang dibincangkan, termasuk perkembangan projek tebatan banjir, pembangunan di sempadan serta projek infrastruktur seperti penjajaran jalan dan pengurusan air.

“Saya titipkan pesanan supaya kepedulian terhadap kebajikan rakyat perlu terus menjadi keutamaan dan diuruskan sebaiknya,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com