Tuesday, 8, April, 2025
Utama Nasional Atasi setiap isu dengan baik – PM

Atasi setiap isu dengan baik – PM

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Semua pihak termasuk penjawat awam diingatkan untuk mengatasi setiap isu di negara ini dengan baik, bagi mengelak ia dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesyorkan agar setiap ruang berhubung isu yang berlaku diatasi sebaiknya, manakala isu yang dimainkan di media sosial tidak disensasikan untuk kepentingan sendiri.

“Kita kadangkala terlalu diheret (dalam isu) terutama media sosial atau media, kerana mereka suka sensasi. Jadi hal-hal yang kecil yang boleh kita tangani dengan baik dijadikan besar.

“Seolah-olah perang akan berlaku, soal kuil…perang, soal belon…perang, padahal boleh kita atasi dengan baik, sebab itu saya ingin mengesyorkan supaya jangan berikan ruang (eksplotasi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan April, di sini hari ini.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar menegaskan bahawa masih terdapat individu yang cenderung mengeksploitasi isu tertentu tanpa mengambil kira kepentingan umum, sebaliknya lebih gemar mempolitikkan segala perkara.

“Sesetengah orang dia bebal, tidak fikir kepentingan umum, semuanya mahu dipolitikkan dan semuanya mesti dengan cara menghukum,” kata beliau.

Mengambil contoh isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di ibu negara baru-baru ini, Anwar berkata kerajaan MADANI telah menyelesaikan isu itu dengan jalan aman serta hormat kepada kaum lain.

“Negara kita ini majmuk, pelbagai kaum, pelbagai agama, namun Islam agama Persekutuan dan kekuatan Islam tidak dipertikai….keputusan kita mestilah berdasarkan prinsip-prinsip (yang jelas),” kata beliau.

Isu tapak kuil berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur selesai apabila pihak pengurusan kuil berkenaan bersetuju untuk rumah ibadat berkenaan dipindahkan ke lokasi baharu.


“Kita kadangkala terlalu diheret (dalam isu) terutama media sosial atau media, kerana mereka suka sensasi. Jadi hal-hal yang kecil yang boleh kita tangani dengan baik dijadikan besar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com