Sunday, 11, May, 2025
Utama Nasional Isu Petronas-Petros diselesaikan secara rundingan, kata PM

Isu Petronas-Petros diselesaikan secara rundingan, kata PM

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bersetuju menyelesaikan segala isu berkaitan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menerusi rundingan.

Perkara itu diputuskan dalam satu pertemuan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros serta berlangsung dalam suasana harmoni berlandaskan semangat Persekutuan.

“Perdana Menteri dan Premier Sarawak bersetuju memuktamadkan prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini bagi mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros.

“Langkah ini penting untuk meneroka potensi besar hasil kerjasama kedua-dua entiti secara menyeluruh dan berkesan, termasuk mempercepatkan pembekalan tenaga komersial ke negara-negara ASEAN,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kedua-dua pihak turut mencapai persefahaman untuk menyelesaikan semua isu berbangkit secara rundingan demi kepentingan bersama.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com