Tuesday, 13, May, 2025
Utama Nasional Tiada Perbincangan Mengenai Pembubaran DUN Sabah – Anwar

Tiada Perbincangan Mengenai Pembubaran DUN Sabah – Anwar

oleh Ammar Haziq

KOTA KINABALU:Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak dibincangkan dalam pertemuannya dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.

Menurut Anwar, keputusan berhubung pembubaran DUN adalah hak mutlak Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

“Perbincangan kami lebih tertumpu kepada hal-hal pembangunan negeri Sabah dan usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan di Istana Seri Kinabalu.

Beliau menjelaskan, perbincangan turut merangkumi pelbagai sektor penting termasuk minyak, dengan mengambil kira pandangan daripada pimpinan negeri bagi menangani kebimbangan rakyat serta mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan.

Pertemuan itu merupakan kunjungan hormat rasmi pertama Anwar ke atas Tun Musa sejak pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri pada Januari lalu.

Terdahulu, spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran awal DUN Sabah timbul susulan pertemuan tertutup antara Perdana Menteri dan Tun Musa hari ini, namun Anwar menepis dakwaan tersebut dengan penegasan bahawa fokus perbincangan adalah kepada pembangunan negeri.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com