Monday, 7, July, 2025
Utama Nasional Lawatan Anwar ke Perancis  perkukuh hubungan dua hala

Lawatan Anwar ke Perancis  perkukuh hubungan dua hala

oleh Ammar Haziq

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu sebagai berjaya dan bermakna, dengan kedua-dua negara bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor.

Menurut Macron, lawatan itu membawa makna penting kerana ia merupakan kunjungan rasmi pertama oleh pemimpin tertinggi Malaysia ke Perancis dalam tempoh 15 tahun.

Sepanjang lawatan, Anwar mengadakan beberapa pertemuan peringkat tinggi termasuk dengan Pesuruhjaya Agung Perancangan Perancis, Francois Bayrou, pegawai kanan kerajaan serta pemain industri utama negara itu. Beliau turut menyampaikan ucapan penting di Universiti Sorbonne, Paris.

Lawatan itu turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara 3P Capital Advisers dari Malaysia dan Ardian, sebuah syarikat pelaburan persendirian terkemuka dari Perancis, bagi meneroka peluang pelaburan dalam pasaran persendirian.

Anwar berkata, inisiatif sektor swasta seperti ini berpotensi memberi akses lebih luas kepada rakyat Malaysia dalam pelaburan alternatif yang mampan.

Dalam pertemuan bersama syarikat Imerys, pengeluar dan pemproses mineral industri yang telah beroperasi di Malaysia lebih 25 tahun, syarikat itu menyatakan komitmen untuk memperluas operasi di negara ini, selari dengan aspirasi Malaysia untuk membangunkan sektor pembuatan bernilai tinggi dan mesra alam.

Perdana Menteri turut mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Arkema, syarikat kimia khas bertaraf global, yang sedang menilai potensi pelaburan baharu di Malaysia.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com