Sunday, 24, August, 2025
Utama Nasional PM temui Setiausaha Negara AS esok

PM temui Setiausaha Negara AS esok

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, esok.

Pertemuan itu berlangsung sempena kehadiran Rubio ke negara ini bagi menghadiri siri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Amerika Syarikat, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) serta Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-32, yang berlangsung dari 10 hingga 11 Julai.

“Saya akan berjumpa dengannya esok,” kata Anwar ringkas ketika ditanya media mengenai pertemuan berkenaan, hari ini.

Terdahulu, Anwar merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Ketibaan Rubio pada Khamis menandakan lawatan rasmi sulung beliau ke rantau Asia sejak dilantik menyandang jawatan berkenaan awal tahun ini.

Difahamkan, Rubio turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, selain pertemuan dengan beberapa pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Lawatan itu antara lain dijangka menumpukan kepada usaha memperkukuh komitmen AS dalam memajukan rantau Indo-Pacific yang bebas, terbuka dan selamat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com