DILI:Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menyampaikan ucaptama dalam siri Presidential Lecture di Istana Presiden sempena lawatan rasmi beliau ke Timor-Leste, hari ini.
Program berprestij itu menjadi wadah penting untuk beliau berkongsi pandangan mengenai hubungan dua hala, kerjasama serantau serta isu-isu global yang mendasari kepentingan bersama antara kedua-dua negara.
Ucapan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM bagi membolehkan rakyat mengikuti intipati aspirasi Malaysia di pentas antarabangsa.
Lawatan rasmi Anwar ke Timor-Leste menandakan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama strategik di rantau ini.