MELAKA: Sejarah Malaysia mesti digarap berasaskan fakta, hasil penyelidikan serta perkara yang wajar difahami rakyat, bukannya ditentukan oleh pandangan negara Barat, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan, usaha membina semula naratif sejarah amat penting agar ia tidak lagi ditulis mengikut kerangka bekas penjajah yang sering mengetepikan keagungan tamadun dan warisan tempatan.
“Sejak sekian lama, saya masih ingat sekitar tahun 1961, Profesor Hussein Al-Attas dalam Persidangan Sejarawan Asia menulis makalah penting menekankan sejarah kita tidak boleh diatur oleh bekas penjajah.
“Sejarah kita tidak boleh digambarkan hanya berkisar tentang hamba. Kita pernah ada tamadun besar, malah pernah menjadi rakan dagang utama,” katanya ketika merasmikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Klebang.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Anwar berkata, sektor pendidikan – sama ada universiti atau sekolah – mesti memainkan peranan utama dalam memperkukuh naratif sejarah negara melalui penyelidikan bebas dan berpaksikan warisan tempatan.
Beliau menambah, sejarah Melaka wajar dijadikan rujukan utama kerana negeri itu pernah menjadi pusat pemerintahan Islam, perdagangan dan kosmopolitan terkemuka dunia, dengan hubungan sejauh Venice, Sepanyol dan Portugal.
Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan menyokong penuh usaha kerajaan negeri Melaka membetulkan naratif sejarah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Pastikan Melaka bukan sahaja kekal sebagai destinasi pelancongan utama, tetapi juga mencerminkan budaya hidup Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Inilah kekuatan sebenar negara kita,” katanya.
Beliau turut memuji penganjuran pelancaran TMM2026 oleh kerajaan negeri Melaka, yang disifatkan sebagai bukti semangat kolektif serta kehebatan sejarah negeri itu.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan