Sunday, 16, November, 2025
Utama Nasional PM tegaskan jawab semua soalan Ahli Parlimen pembangkang

PM tegaskan jawab semua soalan Ahli Parlimen pembangkang

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab sebarang soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, semua soalan yang diajukan kepadanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) telah dijawab, sama ada secara langsung oleh beliau atau melalui menteri-menteri berkaitan.

Walaupun terdapat beberapa Ahli Parlimen yang mengulangi soalan sama, penjelasan tetap diberikan.

“Saya jawab semua soalan yang dibangkitkan… nak kata saya elak, saya tidak elak. Tanyalah apa soalan pun, saya tetap jawab,” kata Anwar sebelum sesi MQT.

Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menyuarakan kehairanan kerana senarai soalan MQT hari ini tidak termasuk sebarang soalan daripada pihak pembangkang.

Anwar menekankan komitmennya untuk terus terbuka dan menjawab persoalan yang dibangkitkan, menegaskan prinsip ketelusan dan tanggungjawab dalam kepimpinan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com | Hakmilik MERCU MEDIA ADVERTISING SDN. BHD.