Wednesday, 26, November, 2025
Utama Nasional G20 perlu tegas isu Gaza, Sudan dan Ukraine

G20 perlu tegas isu Gaza, Sudan dan Ukraine

oleh Ammar Haziq

JOHANNESBURG: Negara-negara Selatan Global menaruh harapan tinggi agar Sidang Kemuncak Pemimpin G20 kali ini mengambil pendirian tegas terhadap kekejaman berterusan di Gaza serta konflik yang masih berlaku di Sudan dan Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata harapan tersebut semakin jelas memandangkan sidang berprestij itu berlangsung di Afrika Selatan, sebuah negara yang memiliki sejarah panjang berdepan apartheid dan penjajahan.

Afrika Selatan juga mencatat sejarah sebagai negara Afrika pertama yang mempengerusikan G20.

Dalam intervensi beliau pada Sesi 1 Sidang Kemuncak Pemimpin G20 bertema Pertumbuhan Ekonomi Inklusif dan Mampan Tanpa Ada Yang Ketinggalan, Anwar menegaskan bahawa negara-negara Selatan Global mahu G20 memperjuangkan agenda yang lebih adil dan saksama.

Menurutnya, G20 perlu menunjukkan ketegasan dalam usaha menamatkan kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, menyelesaikan konflik sivil di Sudan dan mencari jalan damai bagi perang di Ukraine.

Beliau menegaskan bahawa tanggungjawab moral G20 adalah memastikan prinsip kemanusiaan terus dipertahankan tanpa berat sebelah.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 kedahgazette.com - All Rights Reserved | Hakmilik - Mercu Media Advertising Sdn. Bhd.