Wednesday, 10, December, 2025
Utama Ekonomi Malaysia perlu teroka pasaran baharu tingkat daya saing perdagangan

Malaysia perlu teroka pasaran baharu tingkat daya saing perdagangan

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Malaysia perlu memperluas rangkaian perdagangan ke pasaran baharu bagi memastikan negara kekal sebagai pemain dagang yang berdaya saing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata negara tidak boleh hanya bergantung kepada rakan dagang tradisi seperti Amerika Syarikat (AS) dan China, sebaliknya perlu memanfaatkan peluang di rantau lain.

Menurut Anwar, tumpuan perlu diberikan kepada pasaran berpotensi di Eropah, Amerika Latin dan Afrika bagi melonjakkan nilai perdagangan negara.

“Kita tidak boleh berjaya sebagai negara dagang kalau hanya menumpukan kepada rakan strategik sedia ada,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku.

Beliau menegaskan hubungan perdagangan dengan AS dan China akan diteruskan seperti biasa, namun Malaysia mesti “menembusi pasaran baharu” supaya ekonomi kekal kukuh dan berdaya tahan.

Selain itu, Malaysia turut akan meningkatkan perdagangan intra-ASEAN sebagai langkah mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.

Anwar turut menyeru solidariti Jemaah Menteri dan penjawat awam dalam mengangkat prestasi negara, sambil menyatakan pertumbuhan KDNK 5.2 peratus bagi suku ketiga 2025 dan pengukuhan ringgit sebagai petanda positif.

Beliau yakin jika momentum itu diteruskan, Malaysia mampu muncul sebagai negara hebat di Asia.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 kedahgazette.com - All Rights Reserved | Hakmilik - Mercu Media Advertising Sdn. Bhd.