Wednesday, 21, January, 2026
Utama NasionalAgong terima menghadap Anwar, dibentang taklimat isu semasa negara

Agong terima menghadap Anwar, dibentang taklimat isu semasa negara

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini.


Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan berkenaan menyaksikan Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara.


“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara,” menurut hantaran itu.


Menurut kenyataan sama, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran kerajaan serta kesejahteraan rakyat.


Sementara itu, Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau mempersembahkan urusan pentadbiran kerajaan selain usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.


“Dalam pertemuan ini, saya mempersembahkan perkara berkaitan urusan pentadbiran kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya.


Beliau turut menzahirkan harapan agar negara terus berada dalam keadaan aman dan makmur.


“Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan,” kata Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan